Mulakan Pelaburan Anda Sekarang...
Perbezaan Antara Pelaburan Saham dan Unit Trust
Ramai yang takut untuk melabur di Unit Trust kerana menganggap
Unit Trust sama seperti saham.
Berikut saya nyatakan ciri2 kedua2 jenis
pelaburan ini.
Unit Trust:
1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile moderate (sederhana) dan
baru mencuba untuk melabur dalam intsrumen pelaburan yang lebih
menguntungkan drp ASB, EPF, Tabung Haji and etc.
2) Sesuai untuk pelabur yang sabar dan mempunyai matlamat keuntungan jangkamasa panjang.
3) Sesuai untuk sesiapa sahaja kerana minimum pelaburan adalah RM1,000 sahaja.
4) Minimum keuntungan setahun berdasarkan prestasi dana ekuiti
sekitar 8-12%. Tetapi sekiranya anda masuk pada harga rendah dan market
sedang mencanak naik, keuntungan boleh BANYAK lagi. Cthnya saya ada
monitor prestasi satu dana Islamik selama 8 bulan (Nov 2008-July 2009),
keuntungan dalam 30%.
5) Apabila anda membeli unit trust, anda membeli dana (fund),
bukannya satu saham. Anda bukan pemilik syarikat tersebut dan tiada
kuasa mengundi. Satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham eikuiti
dan juga bond/money market daripada syarikat2 lain. Contohnya dengan
membeli dana A, anda membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM
(telekomunikasi), TNB (electricity), IOI (plantation), Nestle (consumer
products) dan sebagainya. Oleh itu risikonya adalah moderate kerana
mempunyai pelbagai portfolio. Sekiranya salah satu company ini mengalami
kesukaran, prestasi company2 lain boleh menampung sebarang perubahan
harga. Pernah terjadi Syarikat besar XYZ rugi berbillion sebab Projek
XXX mereka tergendala (alaaa…yang jadi tahun 2010 ni, sampai tukar
management). Tetapi dana yang company ni terlibat langsung tak terjejas.
6) Harga berubah setiap hari, tetapi perubahan hanya berapa sen
saja…selalunya 2 digit terakhir. Harga setiap hari tersebut adalah
purata harga bersih berpuluh saham di dalam dana tersebut. Dalam erti
kata lain, volatile (harga naik turun)…tetapi tak se-volatile saham yang
berubah setiap minit. Keuntungan boleh dilihat dalam masa lebih kurang
3-6 bulan (kalau masa beli market baru tgh naik dan naik) atau 3 tahun
ke atas (kalau market tgh turun naik dan anda mengaplikasikan strategy
switching atau top-up/Ringgit Cost Averaging)
7) Anda mempunyai consultant yang boleh membantu anda memantau
pelaburan anda dan menasihati anda bila masa yang sesuai untuk menjual
kembali pelaburan.
8) Anda boleh monitor harga dan melihat past performance untuk
benchmark secara percuma. Tetapi untuk software2 lain lebih canggih dan
mudah, hanya consultant sahaja boleh beli dan pakai.
9) Anda boleh beli dan jual sesuka hati. Boleh beli selagi fund size
belum penuh dan belum tutup (sebab pengagihan dividend) dan jual anytime
kerana company akan beli dari anda. Tidak perlu buyer atau seller.
10) Ada charges seperti investment fees (ekuiti 5.5%) dan management fees (1.5%).
11) Unit trust juga menguntungkan apabila anda melabur untuk long
term, 5 tahun ke atas. Semakin lama semakin kurang risiko (hingga 0%
risiko kerugian) dan keuntungan bertambah. Selain capital gain,
keuntungan juga boleh diperolehi melalui dividend dan pemberian unit
split.
12) Unit trust juga boleh jadi jutawan, tetapi bergantung pada jumlah
pelaburan anda dan selama mana anda boleh commit untuk melabur.
13) Duit anda dipegang oleh Amanah Raya, jadi duit anda sgt selamat berbanding simpan di bank.
14) Pelaburan anda diuruskan oleh pelabur professional yang mempunyai
pengalaman luas biasanya lebih dr 15 tahun dalam bidang pelaburan.
Saham:
1) Sesuai untuk pelabur yang sanggup mengambil risiko yang besar dan mahu untung cepat.
2) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai modal yang besar biasa lebih
Rm10k. Orang yg DUIT BANYAK dan TAK TAU NAK BUAT APA boleh lah main
saham ni..kalau rugi pun ada duit lagi masuk hari2.
3) Boleh untung beratus% setahun, pun boleh rugi beratus% setahun. High risk high return. Lumrah alam lah tu..
4) Apabila anda membeli satu saham sesebuah syarikat, anda telah
menjadi pemilik syarikat tersebut. Anda boleh mengundi (di dalam GAMS –
General Annual Meeting of Shareholders) siapa mengemudi syarikat
tersebut.
5) High risk & tiada diversification of portfolio. Contohnya anda
membeli saham syarikat XYZ yang terlibat dalam bidang Perindustrian.
Sekiranya syarikat ini diwar2kan akan untung banyak sebab sesuatu
projek, harga saham akan melonjak naik. Jika tiba2 timbul spekulasi
syarikat ini makin rugi sebab projek itu gagal dilaksanakan atau
consumer boikot service, harga saham akan merundum jatuh. Kalau nak
diversification anda kena beli lebih dari satu saham. Maknanya kena
keluar duit lagi.
6) Harga berubah setiap minit! Dalam erti kata lain, very volatile.
Harga boleh berubah banyak dalam masa sehari, apa lagi sebulan. Tapi
yang bagus, anda boleh beli bila harga rendah, jual harga tinggi. Boleh
untung dalam masa sejam sahaja, rugi pun sama.
7) Anda boleh mengupah broker saham atau bermain sendiri. Tetapi jika
bermain sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi,
melakukan banyak kajian tentang syarikat tersebut, pasaran dan
sebagainya. Ada pelbagai jenis2 saham. Yang paling penting kena ada masa
untuk monitor naik dan jatuh harga saham tersebut.
8) Ada financial tools atau facilities yang percuma untuk monitor
saham, tapi ada juga yang kena bayar dalam seratus lebih sebulan. Kena
pandai buat technical analysis sikit.
9) Nak beli/jual lot kena ada buyer and seller. Tak boleh beli/jual
sesuka hati. Cthnya jika saham anda dah untung 40% pun, jika tak ada org
nak beli, anda tak boleh jual & exit.
10) Ada charges seperti broker fees, clearing fees and stamp duty.
11) Kalau pandai main saham mmg boleh jadi jutawan dalam masa singkat!
Kesimpulan: Bagi saya unit trust adalah seperti kacukan main saham +
ASB/EPF/Tabung Haji. Untung, tetapi tidaklah untung banyak seperti
saham, tetapi untung lebih banyak drp ASB/EPF/Tabung Haji. Risiko,
tetapi tidaklah berisiko seperti saham, dan pelaburan selamat bila
dilabur untuk jangkamasa panjang. Kedua2nya mempunyai pelaburan Islamik
atau conventional.
Tiada siapa yang merancang untuk gagal. Tetapi tanpa disedari ramai
yang gagal untuk merancang. Lagi awal kita mulakan perancangan, lebih
banyak masa dan flexibility yang kita ada untuk mencapai matlamat
kewangan.
Sekiranya anda berhasrat ingin mempunyai RM 1 Juta atau lebih semasa
bersara, atau untuk memulakan apa saja perancangan kewangan (Pendidikan
anak, holiday, haji etc)
Hubungi : 014-854 7178 (Sukri B ) UTC Public Mutual Tawau.