Cuckoo Agent

Menyediakan Pelbagai Pilihan Penapis Air dan Penapis Udara Jenama Cuckoo. Cuckoo Agent, Tawau, Sabah. PM/WhatsApp: 014-854 7178


Usahawan Cuckoo - Cuckoo Agent, wasap: 014-854 7178

Saturday, 19 November 2011

Antara Public Mutual Dan ASB


Antara Public Mutual dan ASB

Baru-baru ini seorang rakan sepejabat menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (unit trust) dan bertanyakan cara untuk menyertainya. Lebih spesifik lagi beliau bertanyakan apakah keuntungan dengan menyertai Public Mutual dan cuba membandingkannya dengan ASB.

Simpanan & Pelaburan di Public Mutual dan ASB  adalah berbeza walaupun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan bagi pelaburnya.


Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual atau ASB, cara pengiraan bagi keuntungan/ dividen (Public Mutual Fund) tidak tetap dan dividen (ASB) adalah hampir sama setiap tahun.

Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami  RISIKO  kerugian  jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur ATAU memperoleh keuntungan besar jika anda bijak dan bersabar di dalam membuat simpanan atau pelaburan.

Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.  Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.


Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika anda tidak faham cara melabur.  Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB.

Keuntungan atau Pulangan atau Dividen  yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja. Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut.

Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Selain itu, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah  masing-masing.  Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. 

ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus.  Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan, anda boleh membaca post saya berkenaan isu ini di sini.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur.  Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda. Jika anda masih tidak jelas tentang pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan.  Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

 Sebagai Rujukan Umat Islam:-

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

June 8th, 2011 | 6:21 pm | 




Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Update: 09/06/2011, 0:14
 




Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus

Update: 13/06/2011, 17:09

Salinan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor terpaksa dikeluarkan dari website ini atas sebab-sebab tertentu. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti di bawah:
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5514 3400
Mufti: 603-5514 3738
Timb. Mufti: 603-5514 3730
Fax: 603-55197584
Email: mufti_sel@selangor.gov.my
Web: www.muftiselangor.gov.my
P/S: Sila share artikel ini untuk kebaikan bersama:)

Posted by Sukri Buhari at 23:38
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

Sukri Buhari
Agent Cuckoo ( Penapis Air & Penapis Udara ), Unit Trust Consultant ( Public Mutual ) , Dealer: Simkad ToneWow -------> Wassap: https://www.wasap.my/60148547178
View my complete profile

Cuckoo Agent

Cuckoo Agent
Usahawan Cuckoo, wasap.my/60148547178

Simkad Tone Wow

Simkad Tone Wow
Daftar Simkad Tone Wow : 014-854 7178 ( Sukri )

RANCANG WANG ANDA - Simpanan Tunai / KWSP & Pelaburan Patuh Syariah.

RANCANG WANG ANDA - Simpanan Tunai / KWSP & Pelaburan Patuh Syariah.
LIKE Fb Page: #UnitTrustInvest

BURSA SAHAM MALAYSIA

BURSA SAHAM MALAYSIA
SAHAM MALAYSIA

FB Puan Ainon - Usahawan Berjaya

FB Puan Ainon - Usahawan Berjaya

Bank

Bank
Maybank2u

Public Mutual Berhad

Public Mutual Berhad

Latest Fund Prices

Latest Fund Prices
Harga Semasa Dana Public Mutul

Bitcoin

Bitcoin
Remitano

Pelaburan Emas - Harga Emas Semasa


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (2)
    • ►  July (2)
  • ►  2016 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ▼  2011 (11)
    • ►  December (2)
    • ▼  November (9)
      • Melabur Dengan Wang Simpanan KWSP
      • Pelaburan & Simpanan dalam Unit Trust
      • Berita Tentang Pengagihan Terkini untuk Dana Publi...
      • Inflasi
      • Prestasi Unit Trust Shariah Public Mutual
      • Masa Terbaik Untuk Membeli Unit Amanah
      • Antara Public Mutual Dan ASB
      • BandingKan Keuntungan/Dividen Bagi Dana Public Mutual
      • Rancangan Kewangan - Definisi UNIT TRUST / UNIT AM...

Popular Posts

  • BandingKan Keuntungan/Dividen Bagi Dana Public Mutual
    MENYIMPAN SAMBIL MERAIH KEUNTUNGAN YANG HEBAT 3 tempat paling famous di MALAYSIA nih.. i- Bursa Malaysia (islamic/konve...
  • Antara Public Mutual Dan ASB
    Antara Public Mutual dan ASB Baru-baru ini seorang rakan sepejabat menyatakan minatnya untuk menyertai unit amanah (un...
  • Rancangan Kewangan - Definisi UNIT TRUST / UNIT AMANAH
    RANCANGAN KEWANGAN MASA DEPAN AMAT PENTING Kita membuat tabungan / penyimpanan kerana : --> Untuk anak-anak belajar --> Me...
  • PELAN PENDIDIKAN & PELAN PERSARAAN
    1. PELAN PENDIDIKAN  2 . PELAN PERSARAAN
  • Pelaburan & Simpanan dalam Unit Trust
    Kelebihan Unit Trust Public Mutual   1)Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 20% setahun 2) Modal yang tidak hilang 3) Insuran takaful ...

Total Pageviews

My Blog List

Pengunjung Blog


widgeo.net
Picture Window theme. Powered by Blogger.