Kelebihan Unit Trust Public Mutual
1)Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 20% setahun
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma
4) Pelaburan yang berlandaskan Islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8) Pemenang terbesar bagi enam tahun berturut-turut bagi Anugerah The Edge-Lipper
9) Modal serendah RM1000.
10) Tak ada modal ? Boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( deviden EPF tahun lepas 5.8%+- cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
11) Nak beli rumah?Tengah kumpul duit, lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual.Pulangan bank setiap tahun 3% cukup2 rendah
12)Ciri-ciri Dana Berlandaskan Syariah
Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.
13)Penasihat Syariah
Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).
Senarai prestasi terkini dana Islamik Public Mutual
February 23, 2011
Ini adalah senarai prestasi dana bagi suku tahunan utk suku 4 – tahun 2010
Public Dana Ittikal
14.25%
Public Dana Islamic Equity
15.47%
Public Dana Islamic Opportunities
24.47%
Public Dana Islamic Balanced
10.98%
Public Dana Islamic Dividend
27.73%
Public Dana Asia Ittikal
5.85%
Public Dana Islamic Asia Dividend
27.85%
Public Dana Islamic Asia Balanced
4.18%
Public Dana Islamic Sector Select
32.45%
Public Dana China Ittikal
3.27%
Public Dana Islamic Select Treasures
13.80%
Public Dana Islamic Optimal Growth
34.59%
Public Dana Islamic Select Enterprise
10.61%
Public Dana Islamic Asia Leader Equity
5.96%
Kaedah Pelaburan Skim Unit Amanah

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda semua gunakan untuk melabur dalam unit amanah / unit trust ini.
1. Belian Sekaligus
Cara sebegini paling biasa digunakan oleh
kebanyakan pelabur.Walau bagaimana pun ia perlu memenuhi syarat minimum
pelaburan. Cara sebegini menjadi pilihan kerana para pelabur tidak
perlu menambah atau menyelia pelaburan mereka.
Dengan belian sekali gus, tiada lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam Skim Unit Amanah. Pelabur hanya merancang berapa tahun sasaran mereka untuk menjual balik unit saham yang mereka perolehi daripada pelaburan awal. Belian terus amat sesuai bagi golongan muda dalam pejawat awam di Malaysia.
Dengan belian sekali gus, tiada lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam Skim Unit Amanah. Pelabur hanya merancang berapa tahun sasaran mereka untuk menjual balik unit saham yang mereka perolehi daripada pelaburan awal. Belian terus amat sesuai bagi golongan muda dalam pejawat awam di Malaysia.
Secara peribadi saya katakan begitu
kerana apabila mereka telah sah dalam perjawatan, mereka akan
mengeluarkan duit dalam KWSP kerana memilih opsyen pencen. Nah, di situ
mereka akan mendapat purata duit pengeluaran RM9 ribu ke atas bagi yang
belum pernah kerja.
Contoh, keluar sahaja Universiti terus
kerja. Jadi untuk perancangan masa hadapan, laburlah di dalam Skim Unit
Amanah separuh daripada duit tersebut. Begitu juga dengan pesara
tentera, anda yang baru mendapat pembahagian harta pusaka. Ingatlah masa
hadapan anda, pendidikan anak-anak dan juga perbelanjaan hari tua anda.
Melabur dan menabung adalah sesuatu perkara yang praktikal untuk
dilakukan pada masa sekarang demi masa hadapan.
Ringkasan,
Modal sekali sahaja. Beli unit amanah
dengan sekian harga, tunggu untuk tempoh tertentu, jual pada harga yang
lebih tinggi dari belian permulaan. Keuntungan yang bakal diperolehi
adalah dari perbezaan harga belian dan jualan serta jumlah pertambahan
unit baru yang diperolehi setiap kali agihan diberi setiap tahun
sepanjang tempoh anda melabur.
2. Pelaburan Semula Pendapatan
Cara ini lebih kurang sama dengan cara di
atas. Pada kebiasaannya pelabur akan mengambil nilai pulangan untuk
kegunaan peribadi, tetapi keadah ini sebaliknya. Dengan melaburkan
semula agihan pendapatan daripada Skim Unit Amanah (iaitu mengarahkan
syarikat pengurusan unit amanah menggunakan agihan yang perlu dibayar
kepada pelabur bagi membeli lebih banyak unit dalam Skim Unit Amanah
bagi pihak pelabur).
Dengan kata lain, pelabur tak ambil nilai
keuntungan agihan setiap tahun bagi kegunaan semasa, tetapi mengarahkan
syarikat pengurusan unit amanah untuk membeli unit baru baginya dengan
tujuan untuk tambah unit yang sedia ada. Lagi banyak unit yang mampu
dikumpul lebih banyak keuntungan dimasa jualan akan datang.
3. Simpanan Secara Tetap
Bagi mereka yang kekurangan modal dan
kewangan yang sederhana bagi membeli unit amanah, cara sebegini amat
sesuai. Boleh dikatakan cara ini amat sesuai bagi yang suka menabung.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit bak kata pepatah orang dulu-dulu.
Caranya senang. Mereka perlu dapatkan
modal minimum yakni Rm1000 ringgit bagi permulaan dan seterusnya
menabung dalam satu-satu masa dengan jumlah Rm100 minimum. Bagi yang
mempunyai baki perbelanjaan untuk tabungan yang dah anda sendiri
tetapkan ia amat sesuai. Masukkan ke dalam akaun unit amanah anda setiap
bulan dengan RM100. Bagi yang tak mampu tabung setiap bulan, anda boleh
urus sendiri tabungan anda.
Jika sebulan anda mampu simpan RM50
sahaja, simpan dulu bawah bantal. Bulan depan simpan lagi RM50. Dah jadi
RM100. Dah ada RM100 baru pi masukkan ke dalam akaun unit amanah. Ini
kerana simpanan tambahan yang boleh dimasukkan dalam akaun unit amanah
adalah dalam gandaan seratus.
Beginilah caranya kelebihan dalam
pelaburan unit amanah bagi membantu pelabur kurang berkemampuan untuk
mendapat kemudahan dan keuntungan dalam Skim Unit Amanah ini.
Dalam tempoh tertentu yang anda sendiri tentukan jumlah unit pelaburan anda telah bertambah.
Harus diingat, melabur dalam unit amanah bukan untuk kaut keuntungan dalam masa yang singkat.
Dalam tempoh tertentu yang anda sendiri tentukan jumlah unit pelaburan anda telah bertambah.
Harus diingat, melabur dalam unit amanah bukan untuk kaut keuntungan dalam masa yang singkat.
4. Meminjam Untuk Melabur
Kaedah ini kurang digalakkan. Anda hanya
boleh meminjam 67% sahaja daripada nilai yang ingin anda laburkan bagi
mengelakkan masalah yang mungkin berlaku akibat daripada pinjaman
tersebut disebabkan oleh faktor-faktor luar jangka.
Sebagai contoh anda mahu labur RM10,000 ke dalam Skim Unit Amanah. Untuk itu anda boleh meminjam RM6700 sahaja.
Baki yang lain itu perlu diambil dari sumber simpanan sendiri.
5. Melabur Menggunakan Simpanan KWSP (Akaun 1)
Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.
mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan
wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.
Sebagai contoh anda mahu labur RM10,000 ke dalam Skim Unit Amanah. Untuk itu anda boleh meminjam RM6700 sahaja.
Baki yang lain itu perlu diambil dari sumber simpanan sendiri.

5. Melabur Menggunakan Simpanan KWSP (Akaun 1)
Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.
.
Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang / penyimpan KWSP yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan
wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)
Cara pengiraan jumlah unit dan keuntungan di dalam pelaburan unit trust
January 4, 2011

Pengiraan Jumlah Unit
- Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan (sama ada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.
- Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan. Bagi pelaburan unit trust, caj perkhidmatan dikenakan antara 2% – 5.5% bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan.
- Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda, caj perkhidmatan akan diabaikan.
Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga RM1.00.
- Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut:
Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar / Harga Seunit= RM10000 / 1.00= 10,000 unit
- Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public Mutual.
Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut:
Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit
- Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :
RM0.95 x 10,000 = RM9,500
- Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah :
RM1.15 x 10,000 = RM11,500
Adakah pelabur akan mengalami kerugian ketika harga rendah?
- Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini.
- Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.
–> Sebenarnya ramai pelabur yang
membuat kesilapan BESAR dengan menjual pelaburan ketika harga rendah.
Ini kerana mereka khuatir mereka akan mengalami kerugian yang lebih
teruk. Hakikatnya harga dana memang sentiasa turun naik. Hal ini
bukanlah satu perkara yang harus ditakuti oleh para pelabur.
–> Ini kerana ia sebenarnya merupakan
satu kelebihan kerana memberi peluang kepada pelabur untuk membeli dana
pada harga yang lebih rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun
semasa kempen jualan murah di pasaraya).
Bagaimana Pelaburan Dalam Jangka Masa Panjang Membantu Mengurangkan Risiko Pelaburan?
- Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan kepada pelabur.
- Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah unit ini akan bertambah.
- Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah. Sila lihat contoh di bawah ;
Contoh Penambahan Jumlah Unit selepas Tahun Pertama
- Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga semasa dana adalah RM0.80
= 800 / 0.80
= 1,000 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=10,000 + 1,000
=11,000 unit
Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua
- Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 11,000 unit. Katakanlah pada tahun kedua, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga semasa dana adalah RM0.67
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
= 1,000 / 0.67
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=11,000 + 1,500
=12,500 unit
Contoh Penambahan Jumlah unit Selepas Tahun Ketiga
- Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 12,500 unit. Katakanlah pada tahun ketiga, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga semasa dana adalah RM1.00
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
= 1,500 / 1.00
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=12,500 + 1,500
=14,000 unit
Berapakah nilai Pelaburan selepas 3 Tahun?
- Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000
- Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit
- Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.00), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 X 14000 = RM14,000
- Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.80), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 X 14000 = RM11,200
- Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.20), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 X 14000 = RM16,800
Kesimpulan
- Dengan kata lain, apabila pelabur melabur di dalam jangka masa panjang, jumlah unit akan bertambah.
- Dengan ini, pelabur tetap akan mendapat keuntungan walaupun berlaku penurunan harga dana.
- Malah, pelabur akan mendapat keuntungan yang sangat baik sekiranya harga dana tidak berubah atau makin meningkat.
Rahsia Unit Amanah
APA ITU DANA UNIT AMANAH ?
Unit Amanah merupakan suatu alat
pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur satu dana untuk diuruskan
oleh pengurus-pengurus dana profesional.
Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.
Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.
BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI
Unit amanah membabitkan penglibatan
tiga pihak iaitu
- Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah,
- Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan
- Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.
Operasi sesuatu skim unit amanah itu
ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan.
Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit.
Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.
Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit.
Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.
Dengan pertalian sedemikian kita
dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi
kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun
komoditi.
BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?
Ada dua cara utama pelabur mendapat
keuntungan iaitu melalui
pertumbuhan modal dan menjana dividen.
Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli.
Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula.
Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
pertumbuhan modal dan menjana dividen.
Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli.
Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula.
Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
Apabila dana mempunyai pendapatan
hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini
diagih kepada pemegang unit menerusi dividen.
Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen.
Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen.
Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun.
Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Secara umumnya, unit amanah sesuai
untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan
memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui
dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih
luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan yang lebih penting,
pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak
mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu
cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam
jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan
tetap (fixed deposit).
Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH
1. Pengurusan Dana Profesional
- Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.
2. Mempelbagai Peluang
- Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.
3. Memudahkan Transaksi
- Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.
4. Meminimakan Risiko
- Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.
5. Kecairan
- Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
6. Potensi Pertumbuhan Modal
- Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.
PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK
- Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.
b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
- Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.
Kelebihan melabur dalam unit amanah
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan
untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah
RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:
B) Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja.
Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera – wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.
Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.
C) Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.
D) Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang.
Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
E) Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya – mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya.
Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.
F) Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

KESIMPULAN

Antara kelebihan unit amanah :
1. Kecairan – mudah ditukar kepada tunai kalau memerlukan tunai pada masa singkat
2. Modal kecil – RM1000 dah boleh start melabur
3. Kepelbagaian – pelaburan dibuat dalam pelbagai jenis syarikat
4. Jaminan pengawalan – dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi melindungi kepentingan para pelabur.
5. Pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal (naik turun harga) dan agihan (tunai atau split).
6. Diuruskan oleh pengurus dana secara professional.
No comments:
Post a Comment