Usahawan Cuckoo - Cuckoo Agent, wasap: 014-854 7178

Wednesday 23 November 2011

Melabur Dengan Wang Simpanan KWSP

Melabur wang simpanan KWSP anda dengan Public Mutual




Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.
.
           Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang       
           simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan 
           tersebut dalam tempoh tiga tahun.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)
.
Manfaat-manfaat
  • Tidak memerlukan pelaburan tunai
  • Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
  • Kepelbagaian – Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pertumbuhan modal – Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupoapakan sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.
.
Skim Pelaburan Ahli KWSP
  • Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
  • Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau institusi pengurus dana (IPD) yang dilantik oleh Kemnterian Kewangan.
  • Nombor IPD Public Mutual ialah 003.
  • Anda dibenarkan membuat pengeluaran seterusnya tiga bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak di bawah skim ini.
.
Kelayakan
Ahli-ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur.
.
Simpanan Asas
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000.00 37 34,000.00
19 2,000.00 38 37,000.00
20 3,000.00 39 41,000.00
21 4,000.00 40 44,000.00
22 5,000.00 41 48,000.00
23 7,000.00 42 51,000.00
24 8,000.00 43 55,000.00
25 9,000.00 44 59,000.00
26 11,000.00 45 64,000.00
27 12,000.00 46 68,000.00
28 14,000.00 47 73,000.00
29 16,000.00 48 78,000.00
30 18,000.00 49 84,000.00
31 20,000.00 50 90,000.00
32 22,000.00 51 96,000.00
33 24,000.00 52 102,000.00
34 26,000.00 53 109,000.00
35 29,000.00 54 116,000.00
36 32,000.00 55 120,000.00

Contoh:
Ahmad berumur 33 tahun. berdasarkan penyata yang terkini, jumlah simpanan dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual simpanan asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum  RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam unit-unit amanah.
.
Pengiraan
= (RM70,000-RM24,000) x 20%
=RM9,2000





CONTOH SEBENAR KEUNTUNGAN SEORANG PELABUR UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL


Keuntungan 20.54% Dalam Masa 9 Bulan Shj!!!






KEUNTUNGAN 20.54% DALAM 9 BULAN!!!!


Lihat gambar (Click To Enlarge) di atas, itulah kenyataannya. Keuntungannya telah mencecah RM3,080.59 dalam masa 9 bulan sahaja atau 20.54%. Dapat tambahan dividen sebanyak RM186.65. Hebatnya Public Mutual.

Lihatlah dengan melabur dalam pelaburan patuh syariah 'Public Islamic Optimal Growth Fund'(PIOGF) drpd Public Mutual MELALUI SKIM KWSP, sebanyak RM15,000 pada Nov 2008, beliau telah menjana pendapatan yg agak hebat. Inilah pelaburan yang selamat dan halal (dipantau Suruhanjaya Sekuriti) dan dibenarkan oleh KWSP.


******************************************************************

.
Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak
  • Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau;
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda atau;
  • Melayari http://www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar 1-akaun
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang skim pelaburan unit trust melalui KWSP,
boleh hubungi saya:

SUKRI BIN BUHARI, 
Unit Trust Consultant, 
Public Mutual Berhad,Tawau, Sabah.
H/p: 017-832 4178

Tuesday 22 November 2011

Pelaburan & Simpanan dalam Unit Trust

Kelebihan Unit Trust Public Mutual
 
1)Pulangan yang tinggi – sekitar 10% ~ 20% setahun

2) Modal yang tidak hilang

3) Insuran takaful percuma

4) Pelaburan yang berlandaskan Islamik

5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)

6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia

7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun

8) Pemenang terbesar bagi enam tahun berturut-turut bagi Anugerah The Edge-Lipper

9) Modal serendah RM1000.

10) Tak ada modal ? Boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( deviden EPF tahun lepas 5.8%+- cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )

11) Nak beli rumah?Tengah kumpul duit, lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual.Pulangan bank setiap tahun 3% cukup2 rendah

12)Ciri-ciri Dana Berlandaskan Syariah
Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

13)Penasihat Syariah
Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Senarai prestasi terkini dana Islamik Public Mutual

Ini adalah senarai prestasi dana bagi suku tahunan utk  suku 4 – tahun 2010

Public Dana Ittikal
14.25%
Public Dana Islamic Equity
15.47%
Public Dana Islamic Opportunities
 24.47%
Public Dana Islamic Balanced
 10.98%
Public Dana Islamic Dividend
 27.73%

Public Dana Asia Ittikal
 5.85%
Public Dana Islamic Asia Dividend
 27.85%
Public Dana Islamic Asia Balanced
 4.18%
Public Dana Islamic Sector Select
 32.45%
Public Dana China Ittikal
 3.27%

Public Dana Islamic Select Treasures
13.80%
Public Dana Islamic Optimal Growth
 34.59%
Public Dana Islamic Select Enterprise
10.61%
Public Dana Islamic Asia Leader Equity
 5.96%


Kaedah Pelaburan Skim Unit Amanah

Blank canvas

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda semua gunakan untuk melabur dalam unit amanah / unit trust ini.

1. Belian Sekaligus

Cara sebegini paling biasa digunakan oleh kebanyakan pelabur.Walau bagaimana pun ia perlu memenuhi syarat minimum pelaburan. Cara sebegini menjadi pilihan kerana para pelabur tidak perlu menambah atau menyelia pelaburan mereka.

Dengan belian sekali gus, tiada lagi komitmen untuk menambah pelaburan seterusnya dalam Skim Unit Amanah. Pelabur hanya merancang berapa tahun sasaran mereka untuk menjual balik unit saham yang mereka perolehi daripada pelaburan awal. Belian terus amat sesuai bagi golongan muda dalam pejawat awam di Malaysia.

Secara peribadi saya katakan begitu kerana apabila mereka telah sah dalam perjawatan, mereka akan mengeluarkan duit dalam KWSP kerana memilih opsyen pencen. Nah, di situ mereka akan mendapat purata duit pengeluaran RM9 ribu ke atas bagi yang belum pernah kerja.

Contoh, keluar sahaja Universiti terus kerja. Jadi untuk perancangan masa hadapan, laburlah di dalam Skim Unit Amanah separuh daripada duit tersebut. Begitu juga dengan pesara tentera, anda yang baru mendapat pembahagian harta pusaka. Ingatlah masa hadapan anda, pendidikan anak-anak dan juga perbelanjaan hari tua anda. Melabur dan menabung adalah sesuatu perkara yang praktikal untuk dilakukan pada masa sekarang demi masa hadapan.

Ringkasan,

Modal sekali sahaja. Beli unit amanah dengan sekian harga, tunggu untuk tempoh tertentu, jual pada harga yang lebih tinggi dari belian permulaan. Keuntungan yang bakal diperolehi adalah dari perbezaan harga belian dan jualan serta jumlah pertambahan unit baru yang diperolehi setiap kali agihan diberi  setiap tahun sepanjang tempoh anda melabur.

2. Pelaburan Semula Pendapatan

Cara ini lebih kurang sama dengan cara di atas. Pada kebiasaannya pelabur akan mengambil nilai pulangan untuk kegunaan peribadi, tetapi keadah ini sebaliknya. Dengan melaburkan semula agihan pendapatan daripada Skim Unit Amanah (iaitu mengarahkan syarikat pengurusan unit amanah menggunakan agihan yang perlu dibayar kepada pelabur bagi membeli lebih banyak unit dalam Skim Unit Amanah bagi pihak pelabur).

Dengan kata lain, pelabur tak ambil nilai keuntungan agihan setiap tahun bagi kegunaan semasa, tetapi mengarahkan syarikat pengurusan unit amanah untuk membeli unit baru baginya dengan tujuan untuk tambah unit yang sedia ada. Lagi banyak unit yang mampu dikumpul lebih banyak keuntungan dimasa jualan akan datang.

3. Simpanan Secara Tetap

Bagi mereka yang kekurangan modal dan kewangan yang sederhana bagi membeli  unit amanah, cara sebegini amat sesuai. Boleh dikatakan cara ini amat sesuai bagi yang suka menabung. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit bak kata pepatah orang dulu-dulu.

Caranya senang. Mereka perlu dapatkan modal minimum yakni Rm1000 ringgit bagi permulaan dan seterusnya menabung dalam satu-satu masa dengan jumlah Rm100 minimum. Bagi yang mempunyai baki perbelanjaan untuk tabungan yang dah anda sendiri tetapkan ia amat sesuai. Masukkan ke dalam akaun unit amanah anda setiap bulan dengan RM100. Bagi yang tak mampu tabung setiap bulan, anda boleh urus sendiri tabungan anda.

Jika sebulan anda mampu simpan RM50 sahaja, simpan dulu bawah bantal. Bulan depan simpan lagi RM50. Dah jadi RM100. Dah ada RM100 baru pi masukkan ke dalam akaun unit amanah. Ini kerana simpanan tambahan yang boleh dimasukkan dalam akaun unit amanah adalah dalam gandaan seratus.

Beginilah caranya kelebihan dalam pelaburan unit amanah bagi membantu pelabur kurang berkemampuan untuk mendapat kemudahan dan keuntungan dalam Skim Unit Amanah ini.
Dalam tempoh tertentu yang anda sendiri tentukan jumlah unit pelaburan anda telah bertambah.  

Harus diingat, melabur dalam unit amanah bukan untuk kaut keuntungan dalam masa yang singkat.

4. Meminjam Untuk Melabur

Kaedah ini kurang digalakkan. Anda hanya boleh meminjam 67% sahaja daripada nilai yang ingin anda laburkan bagi mengelakkan masalah yang mungkin berlaku akibat daripada pinjaman tersebut disebabkan oleh faktor-faktor luar jangka.

Sebagai contoh anda mahu labur RM10,000 ke dalam Skim Unit Amanah. Untuk itu anda boleh meminjam RM6700 sahaja.
Baki yang lain itu perlu diambil dari sumber simpanan sendiri. :)

5. Melabur Menggunakan Simpanan KWSP (Akaun 1) 
   
Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.
.
           Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang / penyimpan KWSP  yang 
           mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan 
           wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)
 

Cara pengiraan jumlah unit dan keuntungan di dalam pelaburan unit trust



Pengiraan Jumlah Unit
  • Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan (sama ada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.
  • Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan. Bagi pelaburan unit trust, caj perkhidmatan dikenakan antara 2% – 5.5% bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan.
  • Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda, caj perkhidmatan akan diabaikan.
Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga RM1.00.
  • Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut:
Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar / Harga Seunit
= RM10000 / 1.00
= 10,000 unit
  • Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public Mutual.
Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut:
Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit
  • Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :
RM0.95 x 10,000 = RM9,500
  • Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah :
RM1.15 x 10,000 = RM11,500
Adakah pelabur akan mengalami kerugian ketika harga rendah?
  • Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini.
  • Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.
–> Sebenarnya ramai pelabur yang membuat kesilapan BESAR dengan menjual pelaburan ketika harga rendah. Ini kerana mereka khuatir mereka akan mengalami kerugian yang lebih teruk. Hakikatnya harga dana memang sentiasa turun naik. Hal ini bukanlah satu perkara yang harus ditakuti oleh para pelabur.
–> Ini kerana ia sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana memberi peluang kepada pelabur untuk membeli dana pada harga yang lebih rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun semasa kempen jualan murah di pasaraya).
Bagaimana Pelaburan Dalam Jangka Masa Panjang Membantu Mengurangkan Risiko Pelaburan?
  • Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan kepada pelabur.
  • Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah unit ini akan bertambah.
  • Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah. Sila lihat contoh di bawah ;
Contoh Penambahan Jumlah Unit selepas Tahun Pertama
  • Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga semasa dana adalah RM0.80
Jumlah Unit Tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
= 800 / 0.80
= 1,000 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=10,000 + 1,000
=11,000 unit
Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua
  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 11,000 unit. Katakanlah pada tahun kedua, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga semasa dana adalah RM0.67
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
= 1,000 / 0.67
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=11,000 + 1,500
=12,500 unit
Contoh Penambahan Jumlah unit Selepas Tahun Ketiga
  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 12,500 unit. Katakanlah pada tahun ketiga, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga semasa dana adalah RM1.00
Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
= 1,500 / 1.00
= 1,500 unit
Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
=12,500 + 1,500
=14,000 unit
Berapakah nilai Pelaburan selepas 3 Tahun?
  • Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000
  • Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit
  • Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.00), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 X 14000 = RM14,000
  • Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.80), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 X 14000 = RM11,200
  • Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.20), maka:
Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 X 14000 = RM16,800

Kesimpulan
  • Dengan kata lain, apabila pelabur melabur di dalam jangka masa panjang, jumlah unit akan bertambah.
  • Dengan ini, pelabur tetap akan mendapat keuntungan walaupun berlaku penurunan harga dana.
  • Malah, pelabur akan mendapat keuntungan yang sangat baik sekiranya harga dana tidak berubah atau makin meningkat. :)

Rahsia Unit Amanah


APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional.

Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.


BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu  

  • Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, 
  • Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan  
  • Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan.

Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit.

Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.


BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada  dua  cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui  

pertumbuhan modal dan  menjana  dividen.

Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli.

Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula.

Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen.

Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. 

Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun.

Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.


 SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka. 

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit).

Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.


KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional
  • Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.
2. Mempelbagai Peluang
  • Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.
3. Memudahkan Transaksi
  • Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.
4. Meminimakan Risiko
  • Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.
5. Kecairan
  • Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
6. Potensi Pertumbuhan Modal
  • Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
  • Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.
b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
  • Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.

Kelebihan melabur dalam unit amanah

Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

B)  Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja.

Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera – wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

C)  Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

D)  Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang.

Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

E)  Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya – mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya.

Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

F)  Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut. :)


KESIMPULAN
Close Encounters of the Third Kind Sebenarnya melabur di dalam unit amanah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dan kesesuaiannya juga bergantung kepada objektif kewangan dan profil risiko pelabur masing-masing.

Antara kelebihan unit amanah :
1. Kecairan – mudah ditukar kepada tunai kalau memerlukan tunai pada masa singkat
2. Modal kecil – RM1000 dah boleh start melabur
3. Kepelbagaian – pelaburan dibuat dalam pelbagai jenis syarikat
4. Jaminan pengawalan – dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi melindungi kepentingan para pelabur.
5. Pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal (naik turun harga) dan agihan (tunai atau split).
6. Diuruskan oleh pengurus dana secara professional.

Berita Tentang Pengagihan Terkini untuk Dana Public Mutual

Public Mutual’s RM232m income distribution for 8 funds

KUALA LUMPUR (Oct 31): Public Mutual has declared RM232 million as income distribution, ranging from 1.25 sen to 5.00 sen per unit, for eight funds for the financial year ended Oct 31, 2011, despite the current challenging market conditions.

It said on Monday, that for Public Industry Fund, the income distribution was 5.00 sen per unit, Public Equity Fund (3.00 sen), Public Sector Select Fund (2.00 sen) and Public South-East Asia Select Fund (2.50 sen).

As for Public Asia Ittikal Fund the distribution was 1.25 sen, PB Australia Dynamic Balanced Fund (3.00 sen), PB Asia Real Estate Income Fund (2.00 sen) and Public Islamic Bond Fund (5.00 sen).
Public Mutual chief executive officer Yeoh Kim Hong said the company was pleased to be able to declare distributions despite the current challenging market conditions.

Public Industry Fund, Public Equity Fund and Public Sector Select Fund are EPF-approved equity funds.
Public Mutual’s regional funds, Public South-East Asia Select Fund is an equity fund that provides investors the opportunity to ride on the growth potential of Southeast Asia markets while Public Asia Ittikal Fund is a Shariah-based equity fund
.
PB Australia Dynamic Balanced Fund enables investors to capitalise on the growth potential of the Australian market.
As for PB Asia Real Estate Income Fund, investors can participate in the growth prospects of Asia’s property sector and real estate investment trusts (REITs).
Public Islamic Bond Fund aims to provide annual income to investors through investment in Islamic Debt Securities. :)


Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan untuk 10 dana


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM286 juta untuk sepuluh daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011:



Berdasarkan laporan Lipper yang bertarikh 20 Julai 2011, Public Dana Growth telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 24.64% bagi tempoh berakhir 15 Julai 2011, satu prestasi yang lebih baik daripada tanda arasnya iaitu 18.23%. Public Dana Growth adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP
.
Sementara itu, Public Dana Australia Equity yang dilancarkan pada September 2009, memberi peluang kepada pelabur-pelabur untuk mengambil manfaat daripada potensi pertumbuhan jangka panjang pasaran Australia kerana negara itu disokongi oleh sumber-sumber semulajadi yang kaya serta sektor perkhidmatan yang pelbagai. Dana ini telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.72% bagi tempoh yang sama, satu prestasi yang lebih baik daripada tanda arasnya iaitu 14.67%.

Public Dana Optimal Growth yang merupakan sebuah dana ekuiti, telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 17.76% bagi tempoh berakhir 15 Julai 2011. Dana yang dilancarkan pada Jun 2010 ini bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham yang menawarkan hasil dividen yang menarik serta saham-saham bertumbuh di pasaran domestik.

Public Dana Far-East Property & Resorts pula, memfokuskan pelaburannya pada saham-saham hartanah, hotel dan tempat peranginan, serta amanah pelaburan hartanah (REITs). Dana ini telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 16.28% bagi tempoh yang sama; satu prestasi yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya pada 14.81%.

Public Dana Islamic Opportunities dan Public Dana Islamic Select Enterprises telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 11.30% dan 26.88% masing-masing bagi tempoh berakhir 15 Julai 2011. Public Dana Islamic Select Enterprises adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Bagi dana bon pula, Public Dana Bond, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 9.34%, 4.77% dan 5.67% masing-masing bagi tempoh berakhir 15 Julai 2011. Public Dana Bond merupakan sebuah dana yang memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 25 anugerah sehingga kini, sementara Public Dana Islamic Income pula adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

PBB Dana MTN 1 pula merupakan sebuah dana borong bon tertutup, dana ini telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 5.46% bagi tempoh berakhir 15 Julai 2011. Dana tersebut yang dilancarkan pada bulan November 2009 bertujuan untuk memberi aliran pulangan pendapatan yang stabil dengan melabur dalam nota jangka sederhana subordinat (MTN) yang diterbitkan oleh Public Bank Berhad.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1 yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 87 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 Jun 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM44.3 bilion. :)

Public Mutual declares distributions for 10 funds

 
Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declared distributions for ten funds totalling over RM573 million. The gross distributions declared for the respective funds for the financial year ended 31 May 2011 are as follows:
Fund Gross Distribution / Unit
  • Public Ittikal Fund  - 8.00 sen per unit
  • Public Islamic Equity Fund  - 2.00 sen per unit
  • Public Islamic Select Treasures Fund – 1.50 sen per unit
  • Public Far-East Select Fund – 1.75 sen per unit
  • Public Regional Sector Fund – 1.75 sen per unit
  • Public Global Select Fund – 0.75 sen per unit
  • Public Dividend Select Fund – 3.00 sen per unit
  • PB ASEAN Dividend Fund – 1.50 sen per unit
  • Public Balanced Fund – 7.00 sen per unit
  • Public Select Bond Fund – 4.50 sen per unit
Public Mutual Chief Executive Officer Ms. Yeoh Kim Hong  said the above funds have performed well for the period ended 13 May 2011. Public Ittikal Fund and Public Islamic Equity Fund have generated one-year returns of 20.01 percent and 15.47 percent respectively for the period ended 13 May 2011, according to The Edge-Lipper Fund Table dated 23 May 2011.
Public Ittikal Fund, which was launched in 1997, is an award-winning fund, having received a total of 22 awards in its category including from The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards and Failaka Islamic Fund Awards. Another Shariah-compliant fund, Public Islamic Select Treasures Fund, which was launched in 2008, has generated a one-year return of 21.86 percent within the same period.
As for our regional and global funds, Public Far-East Select Fund and Public Regional Sector Fund have generated one-year returns of 24.25 percent and 23.69 percent  respectively for the same period. Whereas, Public Global Select Fund has generated a one-year return of 8.59 percent for the period ended 13 May 2011, according to The Edge-Lipper Fund Table :)

Public Mutual declares distributions for 4 funds

Short-eared owl [Explored #1] Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declared distributions for four of its funds. The total gross distributions and unit split declared for the financial year ended 31 January 2011 are as follows:

Fund
Gross Distribution / Unit
Unit Split
Public Index Fund
6.00 sen per unit
-
Public Islamic Optimal Growth Fund
1.25 sen per unit
-
Public Enhanced Bond Fund
3.00 sen per unit
1:20
Public Money Market Fund
2.50 sen per unit
-

Public Mutual’s Chief Executive Officer Ms. Yeoh Kim Hong said according to The Edge-Lipper Fund Table dated 17 January 2011, Public Index Fund and Public Islamic Optimal Growth Fund have generated a one-year return of 23.7% and 20.19% respectively for the period ended 7 January 2011. Both funds are open for EPF Members Investment Scheme.

As for Public Enhanced Bond Fund, it has generated a one-year return of 8.59% for the period ended 7 January 2011, while Public Money Market Fund, generated a one-year return of 2.32% for the same period.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 84 funds under management. It has over 2,380,000 accountholders and as at 30 December 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.6 billion. :)
source: Public Mutual

Public Mutual declares distributions for 3 funds

Cofffee Splash 2 Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declares distributions for three of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ending 31 December 2010 are as follows:

Funds
Gross Distribution / Unit
Public Savings Fund
9.00 sen per unit
Public Focus Select Fund
2.00 sen per unit
Public Islamic Enhanced Bond Fund
3.00 sen per unit
 
Public Mutual’s Chief Executive Officer Ms. Yeoh Kim Hong is pleased that all the above funds have delivered respectable returns to its investors. She said, “Public Savings Fund and Public Focus Select Fund have recorded one-year double-digit returns of 17.94% and 25.77% respectively for the period ended 3 December 2010 (Source: Lipper, 13 December 2010). Both funds are open for EPF Members Investment Scheme.”

Launched in 1981, Public Savings Fund is the company’s maiden fund. The fund aims to achieve long-term capital appreciation and at the same time produce a reasonable level of income. Public Focus Select Fund, which was launched in 2004, aims to achieve capital growth through investments in medium-sized companies in terms of market capitalisation from diversified economic sectors.

Meanwhile, Public Islamic Enhanced Bond Fund which was launched in 2006, recorded a one-year return of 4.88% for the same period. As a Shariah-compliant bond fund, it seeks to provide a combination of annual income and modest capital growth primarily through a portfolio allocation across Islamic debt securities and equities that comply with Shariah requirements.

All the above funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 84 funds under management. It has over 2,380,000 accountholders and as at 30 November 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.2 billion. :)

Public Mutual declares distributions for 6 funds

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declares distributions for six of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ended 30 November 2010 are as follows:

Fund
Gross Distribution / Unit
Public Select Alpha-30 Fund
2.50 sen per unit
Public Natural Resources Equity Fund
1.50 sen per unit
Public Far-East Dividend Fund
0.50 sen per unit
Public Islamic Balanced Fund
1.00 sen per unit
Public Islamic Sector Select Fund
1.00 sen per unit
Public Islamic Asia Leaders Equity Fund
0.75 sen per unit

According to The Edge-Lipper Fund Table dated 22 November 2010, Public Select Alpha-30 Fund and Public Natural Resources Equity Fund have generated one-year returns of 15.81% and 12.10% respectively for the period ended 12 November 2010. At the same time, Public Far-East Dividend Fund recorded a one-year return of 6.97%.

Meanwhile, both Public Islamic Balanced Fund and Public Islamic Sector Select Fund, which are open for EPF Members Investment Scheme, also recorded double digit one-year returns of 11.08% and 32.73% respectively for the period ended 12 November 2010. Public Islamic Asia Leaders Equity Fund, which was launched in January this year, generated a six-month return of 9.67% for the period ended 12 November 2010.
All of the above funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 82 funds under management. It has over 2,320,000 accountholders and as at 29 October 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.2 billion. :)
source: Public Mutual.com.my

Inflasi

Inflasi : Ancaman Nilai Wang Anda

Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana mengatasinya.
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih daripada RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!
Ini hanyalah akibat inflasi!

Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya?

Apakah Inflasi?

Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.   

Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.

Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)?
 Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar, 40% luar bandar) untuk membeli satu “bakul” yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam “bakul” tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:
  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • Minuman beralkohol dan tembakau
  • Pakaian dan kasut
  • Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
  • Perabot, peralatan isirumah, rutin penyelenggaraan isirumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Restoran-restoran dan hotel-hotel
  • Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak menggambarkan kadar inflasi anda, terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza daripada pengguna-pengguna bandar biasa. Pada kebanyakan masa, kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.

Apakah Sebab-sebab Berlakunya Inflasi?
Dua sebab umum berlakunya inflasi adalah:

1. Permintaan tinggi, bekalan rendah – Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan.”
2. Peningkatan dalam kos pengeluaran – Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja minta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.

Apakah Kesan-kesan Inflasi?

Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Contoh:
  • Pada tahun 1978 (30 tahun lalu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda, iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh demikian, wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.
Contoh:
Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4%-6% = -2%

Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi?

Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi:

1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda. Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu, kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.
3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak. Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurangkan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya, pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60 peratus ekuiti dan 40 peratus bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan. Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
5. Menguruskan hutang anda. Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat. :)
                               “Inflasi adalah percukaian tanpa perundangan”

info to share:  share is sharing , by kancil2u. 017-832 4178