Usahawan Cuckoo - Cuckoo Agent, wasap: 014-854 7178

Sunday 24 June 2012

Sertai Kami Membina Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah(UTC)

PERUNDING UNIT AMANAH SEBAGAI SUATU KERJAYA YANG HALAL DI SISI AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

Anda akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan latihan yang sistematik dan mudah.
Peluang kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah sangat menarik dan kompetitif serta mampu memberikan peluang pendapatan berterusan yang sangat mengalakkan di samping kebebasan masa.

Sebagai Perunding Unit Amanah anda mempunyai pasaran yang sangat luas di mana wang simpanan EPF berjumlah RM200 bilion boleh dilaburkan di dalam skim ini. Umat Islam juga masih baru dalam industri ini.

Pasaran di kalangan orang melayu sendiri sangat luas dan masih belum diterokai sepenuhnya.
Anda adalah layak menjadi Perunding Unit Amanah dengan hanya perlu memiliki sijil SPM dan menduduki peperiksaan (CUTE) yang mudah sahaja.

=== Adakah ini sebahagian impian anda ? ====
1) Ingin mendapat pendapatan yang TIADA LIMIT
2) Ingin bekerja bebas (Independent), tiada boss. ANDA ADALAH BOSS DIRI
ANDA SENDIRI.

3) Ingin bekerja mengikut MASA ANDA SENDIRI
4) Ingin bekerja secara FULL TIME atau PART TIME. Pilih sendiri
5) Ingin berniaga sendiri tetapi TIADA MODAL.
6) Ingin tinggal di kampung sendiri tidak mahu berpindah

PALING PENTING IANYA BERLANDASKAN SYARIAH DAN TERTAKLUK DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA SEKURITI SEKSYEN 18 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Langkah-langkah menjadi agent unit trust ialah :


1. Isi borang yang akan diberikan oleh saya kepada anda
2. Sediakan dokumen yang berikut:
     a) 2 salinan IC
     b) 1 salinan sijil SPM
     c) 1 salinan buku akaun Bank (muka kedua tercatat nama dan nombor akaun)
     d) 6 keping gambar passport
     e) Yuran RM247.00 (akan dikembalikan selepas layak dalam masa 6 bulan)
3. Kembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada kami.
4.Bersedia dan ambil peperiksaan CUTE
5. Jika LULUS anda akan diberikan Agent code oleh FMUTM dan anda
sudah layak menjadi Perunding Unit Trust.

Jika anda tercari-cari peluang untuk menjadi usahawan Unit Trust hantar maklumat diri anda ke :-
email : kancil2u@gmail.com
call/sms: 014-854 7178 ( En. Sukri)

Friday 22 June 2012

Pelajari Konsep Pelaburan Unit Trust/Unit Amanah

Saturday 16 June 2012

Mulakan Pelaburan Anda Sekarang...

Perbezaan Antara Pelaburan Saham dan Unit Trust

Ramai yang takut untuk melabur di Unit Trust kerana menganggap Unit Trust sama seperti saham.
Berikut saya nyatakan ciri2 kedua2 jenis pelaburan ini.

Unit Trust:
1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile moderate (sederhana) dan baru mencuba untuk melabur dalam intsrumen pelaburan yang lebih menguntungkan drp ASB, EPF, Tabung Haji and etc.
2) Sesuai untuk pelabur yang sabar dan mempunyai matlamat keuntungan jangkamasa panjang.
3) Sesuai untuk sesiapa sahaja kerana minimum pelaburan adalah RM1,000 sahaja.
4) Minimum keuntungan setahun berdasarkan prestasi dana ekuiti sekitar 8-12%. Tetapi sekiranya anda masuk pada harga rendah dan market sedang mencanak naik, keuntungan boleh BANYAK lagi. Cthnya saya ada monitor prestasi satu dana Islamik selama 8 bulan (Nov 2008-July 2009), keuntungan dalam 30%.
5) Apabila anda membeli unit trust, anda membeli dana (fund), bukannya satu saham. Anda bukan pemilik syarikat tersebut dan tiada kuasa mengundi. Satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham eikuiti dan juga bond/money market daripada syarikat2 lain. Contohnya dengan membeli dana A, anda membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM (telekomunikasi), TNB (electricity), IOI (plantation), Nestle (consumer products) dan sebagainya. Oleh itu risikonya adalah moderate kerana mempunyai pelbagai portfolio. Sekiranya salah satu company ini mengalami kesukaran, prestasi company2 lain boleh menampung sebarang perubahan harga. Pernah terjadi Syarikat besar XYZ rugi berbillion sebab Projek XXX mereka tergendala (alaaa…yang jadi tahun 2010 ni, sampai tukar management). Tetapi dana yang company ni terlibat langsung tak terjejas.
6) Harga berubah setiap hari, tetapi perubahan hanya berapa sen saja…selalunya 2 digit terakhir. Harga setiap hari tersebut adalah purata harga bersih berpuluh saham di dalam dana tersebut. Dalam erti kata lain, volatile (harga naik turun)…tetapi tak se-volatile saham yang berubah setiap minit. Keuntungan boleh dilihat dalam masa lebih kurang 3-6 bulan (kalau masa beli market baru tgh naik dan naik) atau 3 tahun ke atas (kalau market tgh turun naik dan anda mengaplikasikan strategy switching atau top-up/Ringgit Cost Averaging)
7) Anda mempunyai consultant yang boleh membantu anda memantau pelaburan anda dan menasihati anda bila masa yang sesuai untuk menjual kembali pelaburan.
8) Anda boleh monitor harga dan melihat past performance untuk benchmark secara percuma. Tetapi untuk software2 lain lebih canggih dan mudah, hanya consultant sahaja boleh beli dan pakai.
9) Anda boleh beli dan jual sesuka hati. Boleh beli selagi fund size belum penuh dan belum tutup (sebab pengagihan dividend) dan jual anytime kerana company akan beli dari anda. Tidak perlu buyer atau seller.
10) Ada charges seperti investment fees (ekuiti 5.5%) dan management fees (1.5%).
11) Unit trust juga menguntungkan apabila anda melabur untuk long term, 5 tahun ke atas. Semakin lama semakin kurang risiko (hingga 0% risiko kerugian) dan keuntungan bertambah. Selain capital gain, keuntungan juga boleh diperolehi melalui dividend dan pemberian unit split.
12) Unit trust juga boleh jadi jutawan, tetapi bergantung pada jumlah pelaburan anda dan selama mana anda boleh commit untuk melabur.
13) Duit anda dipegang oleh Amanah Raya, jadi duit anda sgt selamat berbanding simpan di bank.
14) Pelaburan anda diuruskan oleh pelabur professional yang mempunyai pengalaman luas biasanya lebih dr 15 tahun dalam bidang pelaburan.

Saham:
1) Sesuai untuk pelabur yang sanggup mengambil risiko yang besar dan mahu untung cepat.
2) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai modal yang besar biasa lebih Rm10k. Orang yg DUIT BANYAK dan TAK TAU NAK BUAT APA boleh lah main saham ni..kalau rugi pun ada duit lagi masuk hari2.
3) Boleh untung beratus% setahun, pun boleh rugi beratus% setahun. High risk high return. Lumrah alam lah tu..
4) Apabila anda membeli satu saham sesebuah syarikat, anda telah menjadi pemilik syarikat tersebut. Anda boleh mengundi (di dalam GAMS – General Annual Meeting of Shareholders) siapa mengemudi syarikat tersebut.
5) High risk & tiada diversification of portfolio. Contohnya anda membeli saham syarikat XYZ yang terlibat dalam bidang Perindustrian. Sekiranya syarikat ini diwar2kan akan untung banyak sebab sesuatu projek, harga saham akan melonjak naik. Jika tiba2 timbul spekulasi syarikat ini makin rugi sebab projek itu gagal dilaksanakan atau consumer boikot service, harga saham akan merundum jatuh. Kalau nak diversification anda kena beli lebih dari satu saham. Maknanya kena keluar duit lagi.
6) Harga berubah setiap minit! Dalam erti kata lain, very volatile. Harga boleh berubah banyak dalam masa sehari, apa lagi sebulan. Tapi yang bagus, anda boleh beli bila harga rendah, jual harga tinggi. Boleh untung dalam masa sejam sahaja, rugi pun sama.
7) Anda boleh mengupah broker saham atau bermain sendiri. Tetapi jika bermain sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, melakukan banyak kajian tentang syarikat tersebut, pasaran dan sebagainya. Ada pelbagai jenis2 saham. Yang paling penting kena ada masa untuk monitor naik dan jatuh harga saham tersebut.
8) Ada financial tools atau facilities yang percuma untuk monitor saham, tapi ada juga yang kena bayar dalam seratus lebih sebulan. Kena pandai buat technical analysis sikit.
9) Nak beli/jual lot kena ada buyer and seller. Tak boleh beli/jual sesuka hati. Cthnya jika saham anda dah untung 40% pun, jika tak ada org nak beli, anda tak boleh jual & exit.
10) Ada charges seperti broker fees, clearing fees and stamp duty.
11) Kalau pandai main saham mmg boleh jadi jutawan dalam masa singkat!

Kesimpulan: Bagi saya unit trust adalah seperti kacukan main saham + ASB/EPF/Tabung Haji. Untung, tetapi tidaklah untung banyak seperti saham, tetapi untung lebih banyak drp ASB/EPF/Tabung Haji. Risiko, tetapi tidaklah berisiko seperti saham, dan pelaburan selamat bila dilabur untuk jangkamasa panjang. Kedua2nya mempunyai pelaburan Islamik atau conventional.
Tiada siapa yang merancang untuk gagal. Tetapi tanpa disedari ramai yang gagal untuk merancang. Lagi awal kita mulakan perancangan, lebih banyak masa dan flexibility yang kita ada untuk mencapai matlamat kewangan.
Sekiranya anda berhasrat ingin mempunyai RM 1 Juta atau lebih semasa bersara, atau untuk memulakan apa saja perancangan kewangan (Pendidikan anak, holiday, haji etc)

Hubungi : 014-854 7178  (Sukri B ) UTC Public Mutual Tawau.

 
SIMPANAN MENGUNTUNGKAN DENGAN PUBLIC MUTUAL

Salam Kawan2

Anda biasa menyimpan dalam Saham Amanah ASB,ASW2020,ASN dan lain2 tapi pulangan dividen minimum setiap tahun?

Tahukah anda SEUNIT SAHAM AMANAH ASB BERNILAI RM 1.00 DAN JIKA ANDA LABURKAN RM 1000,MAKA 1000 UNIT JUGA YANG ANDA DAPAT?

TAHUKAH ANDA SEUNIT SAHAM AMANAH PUBLIC MUTUAL BERNILAI RM0.25 DAN JIKA ANDA LABURKAN RM 1000, MAKA ANDA DAPAT 4000 UNIT SAHAM?

BAYANGKAN JIKA PRESTASI SAHAM AMANAH PUBLIC MUTUAL ANDA MENINGKAT
SEHINGGA RM 0.50,ATAU RM 1.00, ATAU RM 2.00 ATAU LEBIH TINGGI DARI NILAI
TADI....KEMUDIAN GANDAKAN 4000 UNIT TADI DENGAN NILAI RM 0.50, RM1.00
ATAU RM 2.00 ATAU LEBIH TINGGI, ANDA AKAN DAPAT TAMBAHAN NILAI RM 2K,
RM4K , RM 8K ATAU LEBIH...

PALING MENARIK, JIKA ANDA MEMPUNYAI AKAUN KWSP & MELABUR BERSAMA
PUBLIC MUTUAL...SEMASA ANDA BERSARA, ANDA AKAN MENIKMATI GANJARAN
TAMBAHAN DARI SIMPANAN KWSP DAN JUGA SIMPANAN PUBLIC MUTUAL ANDA

DENGAN TUNAI MINIMUM RM1000 PULA, ANDA BOLEH MEMBUKA AKAUN TUNAI SAHAM
AMANAH PUBLIC MUTUAL PILIHAN ANDA...JIKA ANDA MELAKUKAN 2 CARA INI, ANDA
BERSARA DENGAN HATI YANG SENANG!

"JIKA RAMAI DOKTOR YANG BERGAJI BESAR BERTINDAK BIJAK MENAMBAH KEUNTUNGAN MELALUI PUBLIC MUTUAL, MENGAPA ANDA TIDAK MAHU BERTINDAK BIJAK SEPERTI MEREKA?"....

call agent unit trust terdekat dgn anda sekarang...014-854 7178 (SUKRI BIN BUHARI)