Inflasi : Ancaman Nilai Wang Anda

Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana mengatasinya.
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang
daripada RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut
untuk membayar lebih daripada RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad
yang akan datang!
Ini hanyalah akibat inflasi!
Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi
kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun
begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh
mengatasinya?
Apakah Inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras
harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia
diukur sebagai peningkatan dalam dalam peratusan tahunan. Sekiranya
inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus
yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.
Dengan kata
lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh,
dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05
selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)?

Indeks
Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi
sekumpulan pengguna khusus (60% bandar, 40% luar bandar) untuk membeli
satu “bakul” yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam
tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam “bakul”
tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:
- Makanan dan minuman tidak beralkohol
- Minuman beralkohol dan tembakau
- Pakaian dan kasut
- Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
- Perabot, peralatan isirumah, rutin penyelenggaraan isirumah
- Kesihatan
- Pengangkutan
- Komunikasi
- Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
- Pendidikan
- Restoran-restoran dan hotel-hotel
- Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata
statistik dan mungkin tidak menggambarkan kadar inflasi anda,
terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza daripada
pengguna-pengguna bandar biasa. Pada kebanyakan masa, kadar inflasi pada
peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah
dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.
Apakah Sebab-sebab Berlakunya Inflasi?
Dua sebab umum berlakunya inflasi adalah:
1. Permintaan tinggi, bekalan rendah
– Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan
perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai
inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di
mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan.”
2. Peningkatan dalam kos pengeluaran
– Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini
akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan
margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja minta gaji
yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini
kepada pengguna-pengguna.
Apakah Kesan-kesan Inflasi?
Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi
peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan
krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat
yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan
peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan
mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos
pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Contoh:
- Pada tahun 1978 (30 tahun lalu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan
benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan
nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan
benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda, iaitu pulangan nominal
menolak kadar inflasi. Oleh demikian, wang yang disimpan di dalam
simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan
inflasi.
Contoh:
Kadar simpanan tetap 12 bulan = 4%
Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
Pulangan benar daripada pelaburan = 4%-6% = -2%
Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi?
Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli
anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara
melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi.
Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan
kesan-kesan inflasi:
1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa
panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang
lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuti
serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan
kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda.
Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan
sekuriti-sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi
perlindungan terhadap inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan
mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun
begitu, kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam
pasaran menurun.
3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.
Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau
menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan
mengurangkan nilainya melalui inflasi. Sebaliknya, pelabur-pelabur
berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka
ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60 peratus ekuiti dan 40
peratus bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik
bagi tempoh sederhana hingga panjang.
4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.
Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh
melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai
perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk
telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai
tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa
inflasi menaik.
5. Menguruskan hutang anda.
Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar
faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis
pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat
mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.
“Inflasi adalah percukaian tanpa perundangan”
info to share: share is sharing , by kancil2u. 017-832 4178