Usahawan Cuckoo - Cuckoo Agent, wasap: 014-854 7178

Thursday 1 December 2011

Simpanan Vs Pelaburan.

Simpanan ATAU Pelaburan ( Saving + Investment )

  • Sama ada anda mahu melabur dalam  Unit Trust / Unit Amanah memberikan anda satu kelebihan yang sangat sukar bagi pelabur mencapainya secara sendirian. – kepelbagaian.
  • Ramai orang melabur tetapi kenapa sebilangan sahaja yang menjadi  kaya Kenapa???
Kerana ramai orang membuat pelaburan namun menganggap pelaburannya sebagai simpanan untuk tempoh jangka pendek...maknanya, mereka akan mengeluarkannya selepas 1 atau 2 tahun sahaja....sedangkan pelaburan adalah untuk tempoh sederhana atau jangka panjang. (3 tahun/5 tahun lebih sehinggalah 20 atau 30 tahun).


Simpanan Vs  Pelaburan.

Perbezaan antara simpanan dan pelaburan ?

  1. Simpanan adalah dana/simpanan yang anda buat untuk membuat/mencapai sesuatu, contohnya percutian, bila anda telah mempunyai sejumlah simpanan, anda keluarkannya dan membelanjakannya untuk percutian. Selepas percutian tersebut segalanya telah habis dan anda akan mulakannya semula untuk perkara lain. 
  2. Pelaburan pula dilakukan oleh mereka yang mahu membina kekayaan dengan membuat pelaburan terhadap simpanan/wang mereka untuk  jangka masa panjang di dalam aset-aset yang berkembang seperti  unit amanah / saham-saham dan hartanah.   

5 Langkah Perancangan Kewangan Anda

Terdapat 5 langkah mudah dalam Perancangan Kewangan kita, iaitu:

1. Pastikan Impian Hidup.> Senaraikan impian hidup anda dan anggarkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk mencapai impian anda itu.

2. Pertimbangkan Keadaan Kewangan Anda.
> Buat semakan terperinci keperluan kewangan, tanggungan dan hutang anda. Ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa anda mempunyai wang yang cukup untuk melabur.

3. Tetapkan Sasaran Kewangan.> Buat sasaran kewangan yang munasabah untuk anda. Pastikan sasaran kewangan yang anda tetapkan itu mempunyai tempoh yang sesuai. Jika anda tidak mempunyai wang banyak untuk melabur, janganlah berputus asa. Seharusnya anda perlu bersabar serta memberi tumpuan untuk melabur sedikit demi sedikit serta pelaburan itu perlu dilakukan secara konsisten. Bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama mejadi bukit".

4. Pilih Strategi Pelaburan dan Produk Pelaburan Yang Sesuai.> Dalam melakukan sesuatu pelaburan, semakin tinggi pulangan yang dijanjikan kepada anda, ini bermakna semakin tinggi risiko yang perlu anda hadapi. Oleh yang demikian, anda perlu memilih produk pelaburan yang selari dengan tahap risiko yang sanggup anda hadapi.

5. Memantau Perancangan Kewangan Anda.> Semak perancangan kewangan anda selalu dengan memastikan samada terdapat apa-apa perubahan terhadap keperluan, tanggungan dan pelaburan anda. Ini membolehkan anda membuat perubahan yang sewajarnya terhadap cara anda berbelanja, menyimpan dan melabur.


SEBARANG PERTANYAAN:   UNIT TRUST CONSULTANT ( PUBLIC MUTUAL ) BOLEH MEMBANTU ANDA .   017-832 4178 - Sukri Buhari (UTC)

No comments:

Post a Comment