Usahawan Cuckoo - Cuckoo Agent, wasap: 014-854 7178

Wednesday 23 November 2011

Melabur Dengan Wang Simpanan KWSP

Melabur wang simpanan KWSP anda dengan Public Mutual




Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.
.
           Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang       
           simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan 
           tersebut dalam tempoh tiga tahun.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)
.
Manfaat-manfaat
  • Tidak memerlukan pelaburan tunai
  • Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
  • Kepelbagaian – Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pertumbuhan modal – Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupoapakan sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.
.
Skim Pelaburan Ahli KWSP
  • Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
  • Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau institusi pengurus dana (IPD) yang dilantik oleh Kemnterian Kewangan.
  • Nombor IPD Public Mutual ialah 003.
  • Anda dibenarkan membuat pengeluaran seterusnya tiga bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak di bawah skim ini.
.
Kelayakan
Ahli-ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur.
.
Simpanan Asas
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000.00 37 34,000.00
19 2,000.00 38 37,000.00
20 3,000.00 39 41,000.00
21 4,000.00 40 44,000.00
22 5,000.00 41 48,000.00
23 7,000.00 42 51,000.00
24 8,000.00 43 55,000.00
25 9,000.00 44 59,000.00
26 11,000.00 45 64,000.00
27 12,000.00 46 68,000.00
28 14,000.00 47 73,000.00
29 16,000.00 48 78,000.00
30 18,000.00 49 84,000.00
31 20,000.00 50 90,000.00
32 22,000.00 51 96,000.00
33 24,000.00 52 102,000.00
34 26,000.00 53 109,000.00
35 29,000.00 54 116,000.00
36 32,000.00 55 120,000.00

Contoh:
Ahmad berumur 33 tahun. berdasarkan penyata yang terkini, jumlah simpanan dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual simpanan asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum  RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam unit-unit amanah.
.
Pengiraan
= (RM70,000-RM24,000) x 20%
=RM9,2000





CONTOH SEBENAR KEUNTUNGAN SEORANG PELABUR UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL


Keuntungan 20.54% Dalam Masa 9 Bulan Shj!!!






KEUNTUNGAN 20.54% DALAM 9 BULAN!!!!


Lihat gambar (Click To Enlarge) di atas, itulah kenyataannya. Keuntungannya telah mencecah RM3,080.59 dalam masa 9 bulan sahaja atau 20.54%. Dapat tambahan dividen sebanyak RM186.65. Hebatnya Public Mutual.

Lihatlah dengan melabur dalam pelaburan patuh syariah 'Public Islamic Optimal Growth Fund'(PIOGF) drpd Public Mutual MELALUI SKIM KWSP, sebanyak RM15,000 pada Nov 2008, beliau telah menjana pendapatan yg agak hebat. Inilah pelaburan yang selamat dan halal (dipantau Suruhanjaya Sekuriti) dan dibenarkan oleh KWSP.


******************************************************************

.
Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak
  • Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau;
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda atau;
  • Melayari http://www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar 1-akaun
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang skim pelaburan unit trust melalui KWSP,
boleh hubungi saya:

SUKRI BIN BUHARI, 
Unit Trust Consultant, 
Public Mutual Berhad,Tawau, Sabah.
H/p: 017-832 4178

No comments:

Post a Comment