Dalam unit amanah, sebenarnya tiada garis-panduan yang tetap dan tepat
mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund
baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit
sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham
dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.
Untuk memudahkan penjelasan, sila lihat graf berikut.
Waktu Membeli Unit Amanah
Membeli Ketika Harga Stabil.
Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil)
dari point A ke point B memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga
unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit
saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang
telah dibeli.
Membeli Ketika Harga Menaik.
Membeli unit ketika pasaran sedang naik (dari point B ke point C) menjadi
favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat
dari pelaburan mereka, iaitu membeli ketika point B dan menjual ketika hampir
dengan point C. Tetapi perlu di ingat, mereka akan kerugian dari segi bilangan
unit jika lambat untuk membeli. Jika pelabur hanya sempat membeli unit ketika
harga hampir dengan point C, sudah tentu unit yang diperolehi kurang jika
dibanding dengan membeli unit ketika point B. Bertambah teruk lagi jika silap
timing iaitu membeli ketika harga unit sudah di puncaknya (peak) di point C.
Membeli Ketika Harga Menurun.
Membeli unit ketika pasaran sedang menurun (dari point C ke point D) juga
menjadi favourite ramai. Ini kerana, semakin hampir dengan point D, semakin
banyaklah unit yang akan diperolehi oleh pelabur. Dan dengan unit yang banyak
ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila
ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.
Kesimpulan.
Membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi
adalah teori asas dalam pelaburan. Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran
saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin
mencatat rekod tertinggi baru. Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk
membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam
pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh
diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak
banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun
supaya dapat memaksimumkan keuntungan.
Pelaburan
tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit
amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).
No comments:
Post a Comment